Thursday, September 29, 2011

30 september 2011

PENGEBOM SEMBUNYI DI MALAYSIA

KOTA BHARU – Polis sedang giat mengumpul maklumat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan yang menyatakan bahawa dalang yang melakukan siri letupan bom di Sungai Golok, Thailand dipercayai sedang bersembunyi di negara ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, polis tidak akan berdiam diri jika dakwaan tersebut benar seperti didakwa pihak berkuasa Thailand. klik selanjutnya
SAFEE NAFI DAKWAAN
“BUKAN saya tidak sudi untuk kembali semula (menjalani latihan) bersama Cardiff City tetapi jadual saya begitu ketat ketika ini.
“Justeru, dakwaan kononnya saya (berpatah arang berkerat rotan) dengan kelab itu sememangnya tidak berasas.
Demikian kata penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali yang menafikan dakwaan kononnya dia ‘merajuk’ untuk kembali menjalani latihan bersama kelab England, Cardiff City selepas ini.
Desas-desus negatif itu timbul dalam kalangan peminat bola sepak tempatan ekoran kenyataan Safee yang dikatakan ingin mencuba nasib untuk beraksi bersama kelab Australia pula selepas ini sebaik selamat menjejakkan kaki di tanah air kelmarin. KLIK SELANJUTNYA
PILIH PRODUK UNTUK JADI DUTA
SITI SALEHA, klasik namanya. Formula yang digunakannya untuk menapak dalam dunia seni bermula daripada berlakon iklan, dilantik menjadi duta kepada beberapa produk dan kemudiannya terlibat dalam dunia lakonan, sehingga hari ini, namanya 'meletup' biarpun masih dianggap pucuk muda yang baru berputik.
Drama bersiri Nora Elena yang ditayangkan untuk slot Akasia di TV3 bagaimanapun secara total telah memperkenalkan figura genit itu kepada khalayak tentang siapa sebenarnya Siti Saleha Mohd. Baharum yang baru berusia 21 tahun itu.
Apapun, populariti yang diraih pada hari ini bukan calang-calang nilainya. Ada pengorbanan yang perlu ditempuh untuk berada di aras terkini.
Perlu bersedia untuk menjadi figura umum yang pastinya akan ditatap walau di mana dia berada, Saleha juga harus akur kadangkala privasinya direnggut buat tatapan umum. KLIK SELANJUTNYA
LOGI PENAPISAN MINYAK SHELL DI SINGAPURA TERBAKAR
SINGAPURA - Sebuah loji penapisan minyak utama Shell milik syarikat tenaga gergasi Anglo-Dutch terbakar dan membuatkan anggota bomba bertungkus-lumus untuk memadamkannya.
"Kami percaya ia adalah kemalangan. Satu siasatan penuh akan dilakukan sebaik saja api berjaya dipadamkan," kata wakil syarikat tersebut dalam satu kenyataan.
Kebakaran tersebut bermula semalam di kilang penapis Shell di Pulau Bukom yang terletak lima kilometer dari Singapura. Pegawai yang tidak terlibat diarahkan keluar dari tempat tersebut.
Seramai 100 orang anggota bomba dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan 250 pegawai terlatih Shell berusaha sepanjang malam untuk memadamkan api.
Loji tersebut merupakan pusat penapisan minyak Shell terbesar di dunia dari segi kapasiti penyulingan bahan mentah, menghasilkan bahan api, pelincir dan bahan kimia khusus dengan kebanyakannya untuk dieksport.
Menurut Shell, seorang anggota bombanya mengalami cedera ringan, sementara lima orang lagi anggota bomba berdepan masalah kesihatan lain.
SCDF turut menggunakan 21 buah pesawat pembawa air untuk menyejukkan kawasan kebakaran bagi mengelakkan tangki simpanan berhampiran terdedah kepada suhu tinggi.
- AFP